SIASATAN DALAMAN DISIPLIN (DOMESTIC INQUIRY)
ONLINE TRAINING / KURSUS DI ATAS TALIAN
Tarikh: 28 Februari 2022 | 9.00am – 5.30pm
Bayaran Kursus: RM380.00 seorang
Platform: Zoom
RASIONAL
Di dalam mengurus pekerja, kadangkala pendekatan yang lebih serius perlu di ambil untuk menangani dan mencegah salahlaku pekerja. Pada permulaannya, pendekatan menegur, menasihat, kaunseling dan coaching mungkin wajar di dalam membentuk kelakuan pekerja. Namun demikian, tidak semua pekerja mudah dan mahu di bentuk. Ada segelintir pekerja yang terus tidak berubah dan masih melanggar peraturan dan SOP Syarikat.
Maka dengan itu, tidak ada pilihan yang boleh di buat melainkan mengambil Tindakan yang lebih serius lagi iaitu dengan membuat Siasatan Dalaman Disiplin atau Domestic Inquiry. Ianya bertujuan untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat lagi keatas pekerja yang engkar berkenaan. Hukuman ini adalah termasuklah pembuangan kerja yang mengakhiri hubungan atau kontrak di antara majikan dan pekerja.
Kebiasaannya, pekerja yang tidak berpuas hati akibat dari pembuangan kerja berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang untuk memulihkan kerja mereka. Maka dengan itu majikan perlu bersedia untuk mempertahankan tindakan-tindakan mereka.
Kursus ini akan mengupas secara terpeinci kesemua aspek yang perlu di dalam mengendalikan Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic Inquiry).
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kusus secara Online atau di atas Talian selama 7 jam ini, para peserta akan dapat:
1. Mengetahui tentang kepentingan melakukan siasatan yang sempurna terhadap kesemua salahlaku pekerja.
2. Membuat tuduhan-tuduhan yang bersesuaian terhadap sesuatu salahlaku yang dilakukan oleh seseorang pekerja.
3. Melakukan Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic Inquiry) yang betul dan yang dikehendaki oleh Undang-undang.
4. Mengetahui implikasi-implikasi yang mungkin berlaku akibat dari sesuatu pembuangan kerja dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
ISIKANDUNGAN KURSUS
1. Siasatan Salahlaku
· Definisi
· Tujuan
· Ciri-ciri Pegawai Penyiasat
· Cara-cara menyiasat
· Format Lapuran Siasatan
2. Menyediakan Tuduhan / Memahami Tuduhan
· Apa perlu ada dalam tuduhan
· Contoh-contoh tuduhan
· Cara-cara menyediakan tuduhan
· Implikasi jika salah tuduhan
· Bagaimana Tuduhan diberi
o Surat tunjuk sebab
o Siasatan Dalaman Disiplin (SDD)
3. Siasatan Dalaman Disiplin (SDD) / Domestic Inquiry
· Apa itu SDD
· Komposisi SDD
· Bilik SDD
· Prosedur SDD
4. Implikasi selepas pembuangan kerja
· Jabatan Buruh dan Mahkamah Buruh
· Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan
· Mahkamah sivil
BIODATA TENAGA PENGAJAR
MOHD FAUZI BIN NORDIN
Beliau berkelulusan Master In Business Administration MBA), Post Graduate Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration. Kini sudah hampir 20 tahun secara sepenuh masa beliau berkecimpung di dalam industri latihan dan perundingan.
Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia.
Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun. Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kumpulan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran di sebuah Syarikat Perkhidmatan dan Pembinaan yang bertanggungjawab terhadap kesemua spektrum Pengurusan Sumber Manusia.
Pada tahun 1999, beliau membuka Syarikat Perundingan dan latihan iaitu CS HRM Services dan kemudian di tukar nama kepada STRATEGIC HRM PLT. Beliau telah mengendalikan lebih 100 kali program-program latihan Undang-undang Buruh samada secara public program atau secara dalaman. Beliau juga telah membantu organisasi di dalam masalah disiplin (1000++ kes) dan 400 daripadanya adalah kes-kes pembuangan kerja.
Selain dari Training, beliau juga menyediakan perkhidmatan Perundingan di dalam Pengurusan Sumber Manusia untuk Syarikat-syarikat Korporat dan Syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana. Program latihan yang di kendalikan oleh beliau ialah seperti:
• Akta Kerja 1955
• Undang-Undang Buruh
• Penamatan & Pembuangan Kerja – Cara & Implikasi
• Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)
• Menangani Pekerja Bermasalah
• Cara-cara untuk Rundingdamai di Jabatan Perhubungan Perusahaan
• Mengurus Pekerja dengan NLP
En Mohd Fauzi juga seorang:
• Certified Trainer – Professional Trainer & Learning Facilitator
• Master Neuro Synergy Trainer (GAANS, NZ)
• Certified NLP Trainer & Coach (NFNLP, USA)
• Certified Neuro-Semantics / NLP Trainer (ISNS, USA)
• Certification in Training – PSMB (HRDF)
• Beliau juga seorang Trainer dengan PSMB di dalam bidang Undang-undang Buruh.
Di dalam bidang soft skills beliau juga melaksankan latihan di Brunei dan pernah menjadi Keynote Speaker di Persidangan NLP Indonesia.
KURSUS SECARA IN HOUSE
Kursus ini juga boleh di adakan secara inhouse samada secara online dan bersemuka. Hubungi kami untuk Kertas Cadangan Kursus dan sebutharga.
KAMI BOLEH DIHUBUNGI
I APPLIED LEARNING SDN BHD
24M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor
Tel: 03-4280 0398 | 019-397 0002
Email: info@fauzinordin.com.my
www.fauzinordin.com.my