Kemahiran Menyelesaikan Masalah & Membuat Keputusan

Details

  • Start Course: 2022-03-16 08:45:00
  • Course Duration: 2 Hari
  • Course Capacity: 15 people

Instructors

  • Instructors 1 (One)
  • Department: Online - Kursus diatas Talian (Zoom)

Kursus 2 Hari – Online Learning 

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Tarikh: 16 – 17 Mac 2022

Masa: 9.00am – 5.30pm

Platform: Zoom

PENDAHULUAN

 Hampir setiap hari kita perlu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan samada kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di dalam kehidupan peribadi, di tempat kerja atau di dalam komuniti. Dengan itu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan adalah satu kemestian kepada semua orang terutama sekali kepada mereka yang bekerja. Kita sering mendengar bahawa seseorang pekerja yang di ambil bekerja bukan sahaja perlu melaksanakan kerja mereka tetapi juga perlu menyelesaikan masalah yang muncul semasa mereka bekerja.

Lagi cekap, betul dan pantas seseorang itu menyelesaikan masalah, maka semakin tinggi peluang seseorang itu untuk berjaya di dalam kerjaya mereka. Kursus 2 hari ini akan mengupas pelbagai teknik di dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:

1.   Kepentingan di dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

2.   Mengetahui teknik-teknik di dalam menyelesaikan masalah peribadi, orang lain dan organisasi.

3.   Mengambilkira dan mempertimbangkan masa yang ada di dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

4.   Mengetahui pelbagai teknik dan cara menyelesaikan masalah dengan sistematik.

5.   Memahami kesan-kesan yang timbul terhadap sesuatu keputusan yang telah di buat.

6.   Mengenalpasti dan memggunakan langkah-langkah untuk membuat keputusan yang baik.

ISIKANDUNGAN PEMBELAJARAN

 1.   APA ITU MASALAH?

·     Masalah dari pelbagai perspektif

·     Bagaimana masalah tidak lagi menjadi masalah

·     Kategori masalah

·     Kepentingan membuat keputusan

·     Perbezaan di antara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

2.   MENDEFINISIKAN MASALAH

·     Apa itu masalah?

·     Memilih masalah yang betul untuk didifinisikan

·     Membezakan diantara gejala dan punca masalah

·     Perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

·     Pilihan didalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

3.   MASA DAN PENYELESAIAN MASALAH

·     Serta merta

·     Tarikh akhir

·     Bila-bila masa

4.   KATEGORI MASALAH

·     Masalah Diri Sendiri

·     Masalah Orang Lain

·     Masalah Organisasi

·     Kaedah penyelesaian masalah diri sendiri

5.   BRAINSTROMING

·     Teknik pusingan meja

·     Keywords

·     Brainwriting

·     Stepladder

·     Starbusting

6.   ANALISA KENAPA

·     Kenapa 1

·     Kenapa 2

·     Kenapa 3

·     Kenapa 4

·     Kenapa 5

7.   ANALISA MEDAN DAYA

·     Kelebihan

·     Kekurangan

·     Kelebihan v. Kekurangan

·     Rating method

·     Membuat keputusan

8.   RANKING METHOD (SUSUNAN KEDUDUKAN)

·     Apakah teknik ranking

·     Memilih kreteria

·     Membuat ranking

·     Mendokumenkan keputusan

9.   KAJIAN KES MEMBUAT KEPUTUSAN

·     Mengambil risiko di dalam membuat keputusan

·     Siapa perlu buat keputusan

·     Keputusan di buat mengikut nilai

·     Dot Exercise

10.PRINSIP PARETO

·     Asal usul konsep Pareto

·     Erti 80:20

·     Membina geraf

·     Membaca geraf & membuat keputusan

11.RAJAH TULANG IKAN

·     Permulaan penggunaan rajah tulang ikan

·     Kepala ikan dan masalah

·     Punca utama

·     Punca sampingan

12.KRETERIA MEMBUAT KEPUTUSAN

·     Sumber Kreteria

·     Ciri-ciri kreteria

·     Kategori Kreteria

i.    Terhad

ii.    Keinginan

·     Membandingkan Alternatif

·     Keputusan akhir

13.STRATEGI IMPLEMENTASI

·     Apa yang perlu dilakukan

·     Siapa bertanggungjawab

·     Masa dan jangkamasa

·     Sumber-sumber yang di perlukan

·     Carta Gantt

Methodologi Kursus

·      Syarahan Ringkas

·      Slides

·      Soal-jawab

·      Video klip

·      Kajian Kes

·      Role Play

.  Percambahan Fikiran & Pembentangan

BIODATA TENAGA PENGAJAR

 MOHD FAUZI BIN NORDIN

Beliau berkelulusan Master In Business Administration MBA), Post Graduate Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration. Kini sudah hampir 20 tahun secara sepenuh masa beliau berkecimpung di dalam industri latihan dan perundingan.

Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia.

Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun. Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kumpulan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran di sebuah Syarikat Perkhidmatan dan Pembinaan yang bertanggungjawab terhadap kesemua spektrum Pengurusan Sumber Manusia.

Pada tahun 1999, beliau membuka Syarikat Perundingan dan latihan iaitu CS HRM Services dan kemudian di tukar nama kepada STRATEGIC HRM PLT. Beliau telah mengendalikan lebih 100 kali program-program latihan Undang-undang Buruh samada secara public program atau secara dalaman. Beliau juga telah membantu organisasi di dalam masalah disiplin (1000++ kes) dan 400 daripadanya adalah kes-kes pembuangan kerja.

Selain dari Training, beliau juga menyediakan perkhidmatan Perundingan di dalam Pengurusan Sumber Manusia untuk Syarikat-syarikat Korporat dan Syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana. Program latihan yang di kendalikan oleh beliau ialah seperti:

      Akta Kerja 1955

      Undang-Undang Buruh

      Penamatan & Pembuangan Kerja Cara & Implikasi

      Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)

      Menangani Pekerja Bermasalah

      Cara-cara untuk Rundingdamai di Jabatan Perhubungan Perusahaan

      Mengurus Pekerja dengan NLP

En Mohd Fauzi juga seorang:

      Certified Trainer Professional Trainer & Learning Facilitator

      Master Neuro Synergy Trainer (GAANS, NZ)

      Certified NLP Trainer & Coach (NFNLP, USA)

      Certified Neuro-Semantics / NLP Trainer (ISNS, USA)

      Certification in Training PSMB (HRDF)

      Beliau juga seorang Trainer dengan PSMB di dalam bidang Undang-undang Buruh.

Di dalam bidang soft skills beliau juga melaksankan latihan di Brunei dan pernah menjadi Keynote Speaker di Persidangan NLP Indonesia.

Untuk brochures dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di info@fauzinordin.com.my atau 019-397 0002 atau https://FauziNordin.wasap.my

 

I APPLIED LEARNING SDN BHD

24M, Jalan Kosas 1/5,

Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor

 

03-4280 0398 (Tel), 019-397 0002 (h/p)

info@fauzinordin.com.my

www.fauzinordin.com.my