KONTRAK PERKHIDMATAN & PENGIRAAN-PENGIRAAN UTAMA DI DALAM AKTA KERJA 1955
Tarikh: 13 Januari 2022
Masa : 9.00am – 5.30pm
Platform: Zoom
Bayaran: RM380.00 seorang
Pendaftaran Berkumpulan: Empat orang keatas: RM350.00 Seorang
Untuk mendaftar bagi menghadiri kursus ini, sila email permohonan ke info@fauzinordin.com.my atau hubungi 03-4280 0398 | 019-397 0002
RASIONAL
Apabila sesebuah Syarikat mengambil pekerja, mereka perlu mengetahui tentang bagaimana mengurus Kontak Perkhidmatan di antara Majikan dan Pekerja. Apakah perkara-perkara penting yang perlu ada di dalam Kontrak Pekerjaan atau Surat Tawaran Kerja? Pada masa yang sama Majikan perlu mengetahui apakah jenis-jenis pemecahan kontrak atau penamatan perkhidmatan yang ada di dalam Akta Kerja 1955.
Pembayaran gaji yang betul juga perlu diketahui oleh majikan termasuklah semua pengiraan-pengiraan yang penting yang terdapat di dalam Akta Kerja 1955. Kegagalan membuat pengiraan yang tepat akan mendedahkan Syarikat kepada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kurus Intensif & Interaktif 1 hari ini, para peserta akan dapat:
- Mengetahui Akta Kerja 1955 untuk siapa dan Skop Akta Kerja 1955.
- Membuat Surat Tawaran Kerja yang baik dan mengikut kehendak undang-undang.
- Melaksana pembayaran upah dan membuat pengiraan Kerja Lebih Masa yang tepat.
- Membuat pengiraan-pengiraan terhadap notis, penggantungan kerja, cuti, elaun bersalin dan penamatan perkhidmatan dengan tepat dan betul.
ISI KANDUNGAN KURSUS
- AKTA KERJA 1955 – PENGENALAN
- Matlamat Akta Kerja
- Akta Kerja untuk Siapa
- Jadual 1
- Kategori Pekerja
- KONTRAK PERKHIDMATAN
- Definisi Kontrak Perkhidmatan
- Isikandungan Kontrak Perkhidmatan
- Maklumat penting yang perlu ada di dalam Kontrak Perkhidmatan
- Pengurusan Kontrak Perkhidmatan
- GAJI / UPAH
- Definisi Upah
- Pembayaran Upah
- Pendahuluan dan pemotongan gaji
- Larangan terhadap gaji
- Gaji minima
- PENGIRAAN
- Gaji sehari
- Pengiraan gaji semasa penggantungan kerja
- Pengiraan notis berhenti kerja
- Pengiraan cuti tahun
- Pengiraan cuti sakit dan penghospitalan
- PENGIRAAN
- Elaun bersalin
- Penamatan perkhidmatan (Retrenchment)
- Gaji terakhir (pembuangan kerja)
- Cuti tanpa gaji
- KERJA LEBIH MASA
- Kadar Upah Harian
- Bayaran dan kiraan kerja Lebih Masa
- Bayaran dan kiraan kerja Hari Kelepasan Am
- Bayaran dan kiraan kerja Hari Rehat
- Kadar Upah Biasa
BIODATA TENAGA PENGAJAR
MOHD FAUZI NORDIN
Neuro Synergy Master Trainer
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS, USA)
Meta-Coach (MCF, USA)
HR Consultant | Learning Technologist
Mohd Fauzi Nordin berkelulusan Master in Business Administration (MBA), Bachelor In Business Administration (BBA), Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration
Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia. Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun.
Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di Grand Saga Sdn Bhd.
Kini beliau telah lebih 21 tahun mengendalikan latihan dan perundingan untuk pelbagai Industri di Malaysia di dalam bidang Latihan, Pengurusan Sumber Manusia, Kepimpinan, Motivasi, Perkhidmatan Pelanggan, Keusahawanan, Persaraan dan Pentadbiran Pejabat.
Di dalam bidang Neuro-Semantics dan NLP (Neuro Lingustic Programming), Mohd Fauzi Nordin merupakan seorang Certified Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS, USA), Certified NLP Trainer (NFNLP, USA), Certified NLP Master Practitioner (NFNLP-USA), Certified NLP Basic Practitioner (NFNLP-USA), Certified Basic Neuro-Semantics (ISNS – USA), Certified Meta Master Practitioner (ISNS, USA).
Sementara di dalam Coaching, Mohd Fauzi Nordin adalah seorang Associate Certified Meta-Coach (ACMC) dari ISNS, USA, Certified Performance Coach (OUM / International Coach Federation), Certified NLP Coach from Coaching Division of the American Board of NLP, USA. Certified Neurolingustic Coach (NFLP,USA) dan Certified Sports and Performance Coach (NFNLP, USA)
Di dalam bidang bahasa, Mohd Fauzi Nordin adalah seorang Certified Langguage and Behavioral Profile (LAB) Practitioner (SS,CAN), Certified Neurolinguistic Communication Consultant (NFNLP,USA) dan Certified Neurolinguistic Hypnotheraphy (NFNLP, USA)
Sementara di dalam bidang latihan, beliau adalah seorang trainer (Certification in Training) yang disahkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Certification in Training Evaluation (CITE) dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (EET/0145) dan Certivicate IV in Training and Asessment, Australia.
KONTRAK PERKHIDMATAN & PENGIRAAN-PENGIRAAN UTAMA DI DALAM AKTA KERJA 1955 (Online Learning)
Tarikh: 13 Januari 2022
Masa : 9.00am – 5.30pm
Platform: Zoom
Bayaran: RM380.00 seorang
Pendaftaran Berkumpulan: Empat orang keatas: RM350.00 Seorang
Untuk mendaftar bagi menghadiri kursus ini, sila email permohonan ke:
info@fauzinordin.com.my atau hubungi 03-4280 0398 | 019-397 0002
I APPLIED LEARNING SDN BHD
24M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-4280 0398 | 019-397 0002
info@fauzinordin.com.my
www.fauzinordin.com.my