IMPLIMENTASI AKTA KERJA 1955 DI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Details

  • Start Course: 2022-07-13 09:00:00
  • Course Duration: 14 Jam
  • Course Capacity: 20 people

Instructors

  • Instructors 1 (One)
  • Department: Online - Kursus diatas Talian (Zoom)

Kursus secara Online atau di atas Talian

13 – 14 Julai 2022 | 9.00 am – 5.30 pm

Platform: Zoom

Bonus: Nota Pdf dan Buku Akta Kerja 1955

1. Adakah anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang Akta Kerja 1955?

2. Bagaimana caranya untuk membuat Surat Tawaran Kerja untuk membentuk kontrak perkhidmatan?

3. Apakah Syarat-syarat yang perlu ada di dalam Kontrak Perkhidmatan.

4. Apakah faedah-faedah yang wajib di beri kepada warga kerja anda?

5. Bagaimana untuk membayar gaji dan pengiraan kerja lebih masa warga kerja anda?

6. Bagaimana untuk berurusan dengan Jabatan Tenaga Kerja dan Mahkamah Tenaga Kerja

PENGENALAN

Semua majikan dan Pengurus , Eksekutif serta staf Pengurusan Sumber Manusia perlu mendalami Akta Kerja 1955 dan Peraturan-peraturannya. Ini merupakan asas di dalam mengurus dan mentadbir warga kerja. Di sinilah bermulanya amalan-amalan terbaik Pengurusan Sumber Manusia.

Kegagalan memahami dan mengimplementasi Akta Kerja 1955 akan memberi kesan yang besar kepada Syarikat / Perniagaan terutamanya tindakan undang-undang samada oleh pekerja atau Jabatan Tenaga Kerja / Mahkamah Tenaga Kerja.

Kursus ini akan memberi penekanan akan perlaksanaan Akta Kerja 1955 di tempat kerja.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus dua hari ini, para peserta akan dapat:

1. Mengetahui siapakah pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955.

2. Memahami kontrak perkhidmatan dan perkara-perkara yang perlu ada di dalam kontrak perkhidmatan.

3. Menangani isu-isu utama di dalam pemecahan atau penamatan kontrak perkhidmatan.

4. Menghalusi syarat-syarat dan faedah-faedah untuk pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955.

5. Memastikan peruntukan berkenaan Upah atau Gaji di laksanakan dengan sempurna oleh Majikan

6.Peruntukan-peruntukan utama di dalam Siasatan dan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 oleh Jabatan Tenaga Kerja / Mahkamah Tenaga Kerja.

 

ISIKANDUNGAN KURSUS

  1. PENGENALAN KEPADA AKTA
  • Skop Akta
  • Siapa Pekerja Mengikut Akta
  • Kategori Pekerja
  • Jenis-jenis Pekerja

2. KONTRAK PERKHIDMATAN

  • Definisi Kontrak Perkhidmatan
  • Perbezaan dengan Kontrak untuk Memberikan Perkhidmatan
  • Isikandungan Kontrak Perkhidmatan
  • Mentadbir Kontrak Perkhidmatan

3. PEMECAHAN KONTRAK PERKHIDMATAN

  • Syarat-syarat penamatan kontrak
  • Notis Penamatan Kontrak
  • Penamatan tanpa Notis
  • Pengiraan gaji sebagai ganti notis.

4. PENAMATAN KONTRAK ATAS SEBAB-SEBAB KHAS

·      Salahlaku

·      “Due Inquiry”

·      Senarai Hukuman kepada Pekerja yang Bersalah

·      Penggantungan Kerja

o  Sebagai Hukuman

o  Tujuan Siasatan

5. FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEKERJA

·      Cuti Am

·      Cuti Tahun

·      Cuti Sakit

·      Penghospitalan

6. SYARAT-SYARAT PEKERJAAN

  • Waktu Bekerja
  • Bekerja Giliran (Shif)
  • Waktu Rehat
  • Hari Rehat

7.UPAH | GAJI

  • Definisi upah
  • Syarat-syarat pembayaran upah
  • Pendahuluan upah
  • Pemotongan Upah
  • Keutamaan Upah

 

8.    PENGUATKUASAAN JABATAN TENAGA KERJA

  • Kuasa Menyiasat
  • Pemeriksaan Dokumen
  • Kesalahan di bawah Akta atau Penalti
  • Mahkamah Tenaga Kerja

 

BIODATA TENAGA PENGAJAR

 MOHD FAUZI BIN NORDIN

Beliau berkelulusan Master In Business Administration MBA), Post Graduate Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration. Kini sudah hampir 20 tahun secara sepenuh masa beliau berkecimpung di dalam industri latihan dan perundingan.

Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia.

Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun. Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kumpulan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran di sebuah Syarikat Perkhidmatan dan Pembinaan yang bertanggungjawab terhadap kesemua spektrum Pengurusan Sumber Manusia.

Pada tahun 1999, beliau membuka Syarikat Perundingan & latihan iaitu CS HRM Services dan kemudian di tukar nama kepada STRATEGIC HRM PLT. Beliau telah mengendalikan lebih 100 kali program-program latihan Undang-undang Buruh samada secara public program atau secara dalaman. Beliau juga telah membantu organisasi di dalam masalah disiplin (1000++ kes) dan 400 daripadanya adalah kes-kes pembuangan kerja.

Selain dari Training, beliau juga menyediakan perkhidmatan Perundingan di dalam Pengurusan Sumber Manusia untuk Syarikat-syarikat Korporat dan Syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana. Program latihan yang di kendalikan oleh beliau ialah seperti:

•      Akta Kerja 1955

•      Undang-Undang Buruh

•      Penamatan & Pembuangan Kerja – Cara & Implikasi

•      Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)

•      Menangani Pekerja Bermasalah

•      Cara-cara untuk Rundingdamai di Jabatan Perhubungan Perusahaan

•      Mengurus Pekerja dengan NLP

En Mohd Fauzi juga seorang:

•      Certified Trainer – Professional Trainer & Learning Facilitator

•      Master Neuro Synergy Trainer (GAANS, NZ)

•      Certified NLP Trainer & Coach (NFNLP, USA)

•      Certified Neuro-Semantics / NLP Trainer (ISNS, USA)

•      Certification in Training – PSMB (HRDF)

•      Beliau juga seorang Trainer dengan PSMB di dalam bidang Undang-undang Buruh.

Di dalam bidang soft skills beliau juga melaksankan latihan di Brunei dan pernah menjadi Keynote Speaker di Persidangan NLP Indonesia.

KURSUS SECARA IN HOUSE

Kursus ini juga boleh di adakan secara inhouse samada secara online dan bersemuka. Hubungi kami untuk Kertas Cadangan Kursus dan sebutharga.

KAMI BOLEH DIHUBUNGI

I APPLIED LEARNING SDN BHD

24M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor

Tel: 03-4280 0398 | 019-397 0002

Email:  info@fauzinordin.com.my 

www.fauzinordin.com.my