Tarikh: 16 – 17 November 2022
Masa: 9.00am – 5.30pm
Tempat: Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.
Fee: RM 1200.00 Seorang
RASIONAL
Semua majikan perlu mendalami Akta Kerja 1955 dan Peraturan-peraturannya. Bagi mereka yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia perlu juga bijak mengimplementasi Akta ini sebagi satu obligasi yang di tuntut oleh Undang-undang.
Highlights! – Pindaan Akta Kerja 1955 tahun 2022 (mungkin berkuatkuasa pada September 2022)
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus dua hari ini, para peserta akan dapat:
- Mengetahui siapakah pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955.
- Memahami kontrak perkhidmatan dan perkara-perkara yang perlu ada di dalam kontrak perkhidmatan.
- Menangani isu-isu utama di dalam pemecahan atau penamatan kontrak perkhidmatan.
- Mengetahui sepintas lalu tentang salahlaku dan siasatan dalaman serta penggantungan kerja.
- Mendalami hak-hak serta faedah-faedah untuk pekerja wanita.
- Menghalusi syarat-syarat dan faedah-faedah untuk pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955.
- Memastikan peruntukan berkenaan Upah atau Gaji di laksanakan dengan sempurna oleh Majikan
- Peruntukan-peruntukan utama di dalam Siasatan dan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 oleh Jabatan Tenaga Kerja.
ISIKANDUNGAN KURSUS
1.PENGENALAN KEPADA AKTA
- Skop Akta
- Siapa Pekerja Mengikut Akta
- Kategori Pekerja
- Jenis-jenis Pekerja
2.KONTRAK PERKHIDMATAN
- Definisi Kontrak Perkhidmatan
- Perbezaan dengan Kontrak untuk Memberikan Perkhidmatan
- Isikandungan Kontrak Perkhidmatan
- Mentadbir Kontrak Perkhidmatan
3.PEMECAHAN KONTRAK PERKHIDMATAN
- Syarat-syarat penamatan kontrak
- Notis Penamatan Kontrak
- Penamatan tanpa Notis
- Pengiraan gaji sebagai ganti notis.
4.PENAMATAN KONTRAK ATAS SEBAB-SEBAB KHAS
- Salahlaku
- “Due Inquiry”
- Senarai Hukuman kepada Pekerja yang Bersalah
- Penggantungan Kerja – Sebagai Hukuman & Tujuan Siasatan
5.PEKERJA WANITA
- Larangan Kerja Malam
- Kerja Bawah Tanah
- Perlindungan Bersalin
- Syarat-syarat untuk melayakkan Elaun Bersalin
- Definisi Bersalin
- Tarikh memulakan Cuti Bersalin
- Daftar Bersalin
6.FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEKERJA
- Cuti Am
- Cuti Tahun
- Cuti Sakit
- Penghospitalan
7.SYARAT-SYARAT PEKERJAAN
- Waktu Bekerja
- Bekerja Giliran (Shif)
- Waktu Rehat
- Hari Rehat
8.UPAH | GAJI
- Definisi upah
- Syarat-syarat pembayaran upah
- Pendahuluan upah
- Pemotongan Upah
- Keutamaan Upah
9.PENGUATKUASAAN JABATAN TENAGA KERJA
- Kuasa Menyiasat
- Pemeriksaan Dokumen
- Kesalahan di bawah Akta atau Penalti
- Mahkamah Tenaga Kerja
10.PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL
- Definisi Gangguan Seksual
- Polisi Gangguan Seksual
- Tanggungjawab Majikan
- Laporan Ke Jabatan Tenaga Kerja
- Penalti mengikut Akta
BIODATA TENAGA PENGAJAR
MOHD FAUZI NORDIN
Neuro Synergy Master Trainer
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS, USA)
Certified Trainer of Professional Coach (NFNLP, USA)
HR Consultant | Learning Technologist
Mohd Fauzi Nordin berkelulusan Master in Business Administration (MBA), Bachelor In Business Administration (BBA), Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration
Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia. Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun.
Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di Grand Saga Sdn Bhd.
Kini beliau telah lebih 21 tahun mengendalikan latihan dan perundingan untuk pelbagai Industri di Malaysia di dalam bidang Latihan, Pengurusan Sumber Manusia, Kepimpinan, Motivasi, Perkhidmatan Pelanggan, Keusahawanan, Persaraan dan Pentadbiran Pejabat.
Di dalam bidang Neuro-Semantics dan NLP (Neuro Lingustic Programming), Mohd Fauzi Nordin merupakan seorang Certified Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS, USA), Certified NLP Trainer (NFNLP, USA), Certified NLP Master Practitioner (NFNLP-USA), Certified NLP Basic Practitioner (NFNLP-USA), Certified Basic Neuro-Semantics (ISNS – USA), Certified Meta Master Practitioner (ISNS, USA).
Sementara di dalam Coaching, Mohd Fauzi Nordin adalah seorang Associate Certified Meta-Coach (ACMC) dari ISNS, USA, Certified Performance Coach (OUM / International Coach Federation), Certified NLP Coach from Coaching Division of the American Board of NLP, USA. Certified Neurolingustic Coach (NFLP,USA) dan Certified Sports and Performance Coach (NFNLP, USA)
Di dalam bidang bahasa, Mohd Fauzi Nordin adalah seorang Certified Langguage and Behavioral Profile (LAB) Practitioner (SS,CAN), Certified Neurolinguistic Communication Consultant (NFNLP,USA) dan Certified Neurolinguistic Hypnotheraphy (NFNLP, USA)
Sementara di dalam bidang latihan, beliau adalah seorang trainer (Certification in Training) yang disahkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Certification in Training Evaluation (CITE) dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (EET/0145) dan Certivicate IV in Training and Asessment, Australia.
Untuk mendaftar bagi menghadiri kursus ini, sila email permohonan ke:
info@fauzinordin.com.my atau hubungi 03-4295 0398 | 019-397 0002
https://FauziNordin.wasap.my
Strategic HRM Solutions
24M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-4295 0398 | 019-397 0002
fauzinordin@hrconsultant.my
www.fauzinordin.com.my